"Petite mom in this big world"
ENTRY• Archive• LINKIES• Quotes

Safely Landed ! :D
Friday, 10 January 2014 • 11:53 • 0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Assalamualaikum wbt.. :) Tajuk entry kali ni, yay ! Saya da selamat tiba di LCCT pada 27 Disember 2013 lalu. Alhamdulillah, walaupun da hampir setengah tahun tak jejak kaki kat semenanjung, sy masih lg ingat jalannya. Tp ketar kaki jgak la nak ke sana ke mari cari kenderaan. Haha ! Tp x pa, this is my journey, sy mesti kuat. Selama seminggu sy menetap rumah bakal kakak ipar di Serendah, Selangor. I'm feeling so happy there, thanks to them.

Dalam kegembiraan ni, terselit jugak kesedihan. Kesedihan di atas kepergian bakal mak mertua sy pada 26 Disember 2013. 3 hari sebelum pemergian arwah, sy melawat ke rumahnya di Batu 16 Kg Gum Gum, Sandakan. Walaupun jarak dari rumah jauh, tp sy x kisah semua tu. Semasa bersama arwah pada hari tu, kami meluangkan masa bersama-sama, masak, sembang, tengok tv malah hias bilik Azizul. Kami menjadi sangat rapat hari tu, alhamdulillah. Kita sebagai manusia biasa tidak tahu bila ajal menjemput, jikalau lah sy tahu arwah akan pergi dalam beberapa hari lg, sy akan meluangkan sepenuh masa bersama arwah. Arwah sangat baik dgn sy. Pada hari itu, arwah nampak sangat happy tp mengadu sakit pada dada. Tp arwah sntiasa nampak bertenaga.

26 Disember 2013 juga adalah hari jadi ummi sy dan juga 26 Disember tu jugaklah kepergian ibu yg juga sy anggap sebagai ummi sy sendiri. Cake yg sy beli utk ummi dgn harga RM66 tidak dpt di jamah walau sedikit. Walaupun sedih, sy x mengetepi kan ummi sy. Dalam kesedihan itu jga sy menyambut hari jadi ummi. Sebelum mulakan majlis kecil-kecilan itu, kami sempat menyedekahkan arwah Al-Fatihah. Sekarang, arwah da selamat di kebumikan. Tak patut jugak kta terlalu bersedih, meraung atas kepergian orang yang tersayang. Kita hanya mampu mendoakan kesejahteraannya sahaja, inshaAllah.

Semoga roh arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yg beriman, inshaAllah. Al-Fatihah.








PASTFUTURE
Petite Mom

Hello! I'm NorSalihah. Petite mom to my fav daughter and having petite family in this big world. Having a bless marriage with my fav husband. This is my own blogskin coding. Gonna make another design for free.


Petite Family
Married to my love, Azizul Ghani. Mom to my dear daughter, Raudhatul Jannah