"Petite mom in this big world"
ENTRY• Archive• LINKIES• Quotes

Pasar Raya Servay Musnah Terbakar Di Sandakan
Thursday, 6 February 2014 • 09:47 • 0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum wbt.

SANDAKAN – Sebuah bangunan kedai dua tingkat yang menempatkan Pasar Raya Servay di Bandar Kim Fung Batu 4 dekat sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian kira-kira 12 malam itu disedari seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan itu selepas terdengar bunyi loceng amaran dan mendapati kepulan asap dan api marak di bahagian belakang bangunan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jemishin Ujin berkata sebanyak 45 anggota bersama empat jentera dan enam kenderaan utiliti diarah ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 12.08 malam.

Beliau berkata tindakan pantas pihaknya dapat menyelamatkan 15 buah rumah kedai di bangunan sama daripada terbakar.

“Ketika operasi memadamkan api, kami berhadapan kesukaran kerana beberapa pagar besi berkunci di bangunan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jemishin berkata pihaknya dapat mengawal api daripada merebak pada 3.38 pagi di bangunan itu, yang turut menempatkan 15 rumah berpenghuni.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih disiasat.

Pasar Raya Servay Kim Fung yang beroperasi sejak 16 tahun lepas merupakan cawangan pertama pasar raya itu di daerah ini dan mempunyai 300 pekerja. – BERNAMA









PASTFUTURE
Petite Mom

Hello! I'm NorSalihah. Petite mom to my fav daughter and having petite family in this big world. Having a bless marriage with my fav husband. This is my own blogskin coding. Gonna make another design for free.


Petite Family
Married to my love, Azizul Ghani. Mom to my dear daughter, Raudhatul Jannah