"Petite mom in this big world"
ENTRY• Archive• LINKIES• Quotes

Kahwin Muda [ Part 1 ]
Sunday, 26 October 2014 • 15:58 • 0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum wbt. Seperti tajuk entri sy kali ni ialah Kahwin Muda. Zaman sekarang dah berubah, ramai anak-anak muda diluar sana termasuklah sy sendiri akan mendirikan rumah tangga pada usia yg muda. Malah ada juga yg berumah tangga pada umur belasan tahun. Salah kah kahwin muda ni? Ada side effect? Parents ckp apa? 


Sebelum membuat entri ni sy akan buat research dlu, tgk video apa kebaikan dan keburukan, apa yg diperlukan pada individu tersebut untuk meneruskan niat berkahwin muda ini. Selain dr buat research, sy selitkan sedikit pendapat daripada diri sy sendiri. Kahwin muda ni tidaklah salah, malah digalakkan lagi bagi mereka yg cukup syaratnya. Bukan sahaja cukup syarat untuk nikah, tetapi perlu lihat pada diri individu itu sendiri. Alam perkahwinan sememangnya indah, tak dinafikan juga didalam keindahan itu akan terselit masalah, dan pelbagai lagi dugaan. Amboi, sy ckp mcm dh pernah kahwin pula kan. Haha. Bukan~ tapi setiap individu ada pendapat masing2, walaupun belum berkahwin sy akan cuba untuk scan diri saya ni. Bukan scan apa, tp scan perangai sy ni hah. Tak kisah lah perempuan atau lelaki, masing-masing ada sifat sendiri kan. 
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


✿ Dah cukup dewasa kah nak kahwin muda ni?
✿ Hah yg lelaki, bakal pemimpin ni, kerja apa? Blh sara keluarga kah?
✿ Ish, kahwin muda mcm ni, ada isilah tu.
✿ Apalah kahwin muda, belajar pun belum habis lagi, dah gatal nak kahwin.
Kat atas ni lah yg menjadi buah mulut individu disekeliling. Kita x boleh nak tutup mulut org, x boleh nak kawal apa yg mereka nak cakap. 

Dah cukup dewasa kah nak kahwin muda ni?
Soalan ni penting juga. Sangat penting. Seperti yg sy kata td alam perkahwinan bukan lah selalunya indah. Kadangkala dalam jiwa seorang pemuda itu ada keinginan untuk 'have fun' 'enjoy'. Ya lah, dah berumah tangga x boleh nak sosial sangat. Itu ini kena jaga, kena2 lagi klu nak dapat baby ni. Sebelum berkahwin, kena terapkan nilai2 murni didalam diri masing-masing, suami dan isteri. 

Hah yg lelaki, bakal pemimpin ni, kerja apa? Blh sara keluarga kah?
Berusaha untuk mencari rezeki, dalam masa yg sama jangan sesekali lupa pada Allah SWT. Cari rezeki yg halal, amat penting. Tak kisah lah kerja apa sekali pun, yg penting kena usaha, jangan malas2. Kena bijak uruskan ekonomi keluarga. Sebagai contoh kawan sy, dia berkahwin muda. Sebelum kahwin hidup mereka susah, tetapi dengan berbekalkan usaha, doa, ibadah, alhamdulillah kini mereka hidup lebih senang. Perkahwinan ini, membuka pintu rezeki. Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)
SubhanAllah, sayangnya Allah SWT kepada hambaNya.


Ish, kahwin muda mcm ni, ada isilah tu
Inilah pemikiran orang zaman sekarang, pantang nak buat baik salah dipandangan mereka, buat jahat pulak lagi salah, kann? Jangan peduli apa yg org disekeliling nak ckp apa, yg penting teruskan niat itu. Niat kenalah kerana Allah SWT tau :)


Apalah kahwin muda, belajar pun belum habis lagi, dah gatal nak kahwin
Amboiiiii~ Gatal tak gatal, kahwin nanti dah jadi pasangan yg halal. Sy pun pernah kena dengan ayat kat atas ni. Agak geram jgak. Haha, nevermind. Okay, tak salah kahwin semasa masih lagi belajar. One of my friend dah kahwin pun, okay ja, mereka bahagia, sihat walafiat. Tu lah sy ckp td, kita buat perkara yg baik dimata org salah, klu kita buat perkara yg jahat memang salah lah kan? 


Terima kasih kerana membaca :)







PASTFUTURE
Petite Mom

Hello! I'm NorSalihah. Petite mom to my fav daughter and having petite family in this big world. Having a bless marriage with my fav husband. This is my own blogskin coding. Gonna make another design for free.


Petite Family
Married to my love, Azizul Ghani. Mom to my dear daughter, Raudhatul Jannah