If I'm wrong, educate me. Don't belittle me.


Keajaiban Air Mata
Write by Mrs NorSalihah on Friday, 3 October 2014 | 0 comments

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Assalamualaikum wbt
Air mata selalunya dikaitkan dengan wanita. Bukan wanita sahaja yg menangis tau, semua org pernah menangis. Disini sy nak kongsi antara kebaikan air mata ni.

1. Membantu Penglihatan
Bukan hanya mata itu sendiri, air mata ternyata membantu penglihatan seseorang. Cairan yg keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuatkan penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh Bakteria
Tak perlu menggunakan ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Didalam air mata, terkandung satu cecair iaitu lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria yg tinggal dari mana-mana saja hanya dalam masa 5 minit.

3. Meningkatkan Mood
Seseorang yang menangis dapat menurunkan kadar stress kerana dengan menangis mood seseorang akan meningkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang amat berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan daripada iritasi.

4. Mengeluarkan Racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar hasil daripada menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Tetapi, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun daripada tubuh dan dikeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan Stress
Bagaimana menangis dapat mengurangkan stress? Air mata ternyata mengeluarkan hormon stress yang terdapat didalam badan iaitu Endorphin Leucine-Enkaphalin dan Prolactin. Selain menurunkan kadar stress, air mata juga membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Melegakan Perasaan
Semua orang memang merasa dengan menangis perasaan sedih akan berkurang. Kadangkala, apa sahaja yg terjadi terhadap anda, didera, sakit hati tetapi setelh menangis, biasanya anda akan berasa lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar. Dan hal itu membuatkan seseorang merasa lebih baik. 






FUTURE
PAST