If I'm wrong, educate me. Don't belittle me.


Done Kursus Pra-Perkahwinan
Write by Mrs NorSalihah on Monday, 3 November 2014 | 1 comments

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum wbt. 
Alhamdulillah, sy dh tamat mengikuti kursus pra-perkahwinan pada 1 dan 2 November 2014 lepas ( siri 22/2014). Banyak yg sy pelajari dalam kursus ni. Sy bersyukur sangat kerana dapat ilmu dlm 2 hari lepas. Oleh kerana kerja, tunang tidak mengikuti kursus dengan sy. So, sy seorang ja la. Dia mengikuti kursus di KK ja. Well, sy x kisah. Small matter. haha, padahal dalam hati dh sedih kan. Tengok peserta lain semasa kursus tu semua dengan pasangan masing-masing. 

Bosan tak semasa kursus tu?
Hmmm~ bosan ? Kadang terasa jugak bosannya, kadang tak. Mungkin disebabkan penceramah tu seorang yg kelakar, dia pandai selitkan lawak dalam ceramah tu. Dari pukul 7.30am sehingga 5.00pm, banyak yg dipelajari. Penat sangat, sakit pinggang ni duduk lama sangat. Ditambah lagi dengan mengantuk, kena2 ada aircond lagi. Perhhh ! mmg rasa mcm nak lentok jugak la masa tu.


Kami diberi satu fail. Dalam fail tu ada sebuah buku kosong dan sebuah panduan "Gerbang Perkahwinan".
Dalam buku tu banyak guide yg diberi. Masa lapang, boleh lah baca buku tu, inshaAllah. Dewan jadi riuh rendah apabila penceramah menyentuh bab Poligami. Haha, masa tu memang kelakar. Dalam hati kami, "eh apa ni apa ni apa ni? kami blm kahwin lagi, dah nak sentuh bab poligami, hancur luluh hati bila suami nak berpoligami". Haha, poligami memang x salah. Tetapi siapa yg nak berpoligami kan? Terutama kaum hawa, suka tak klu suami anda berpoligami? Tak dinafikan diluar sana, ada yg suka dan rela di poligami-kan or di madukan. 


Pada hari terakhir kursus, sy tiba dirumah dalam pukul 6.45pm, dah gelap. Lain lah klu kat Semenanjung, masa tu masih lagi terang. I have no choice other than naik bas. Apapun, tak sampai sebulan lagi sy akan membina istana baru bersama suami. Acece. haha


Terima kasih kerana membaca :)







FUTURE
PAST