"Petite mom in this big world"
ENTRY• Archive• LINKIES• Quotes

Pesawat AirAsia dr Surabaya ke Singapura dilapor hilang !
Sunday, 28 December 2014 • 14:54 • 0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum wbt.
Kali ni kita dikejutkan lagi dengan berita pesawat AirAsia dr Surabaya ke Singapura yg hilang. Semoga semua penumpang dan juga krew pesawat berada didalam keadaan yg selamat. Biar kita fikir yg positif dulu okay, sekarang bukan masanya nak menuding jari menyalahkan sesiapa ataupun membuat andaian tanpa usul periksa. Seeloknya berdoa sahaja sekarang ini. InshaAllah, semua selamat.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia. Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berlepas pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan. Kompas.com turut melaporkan insiden itu. Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah. 

Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan kehilangan pesawat AirAsia itu. Penerbangan berkenaan membawa 155 penumpang serta tujuh anak kapal. Difahamkan seorang daripada penumpang adalah rakyat Malaysia, seorang rakyat Singapura, tiga rakyat Korea Selatan dan selebihnya rakyat Indonesia.


SUMBER: BHarian.com

Terima kasih kerana membaca :)






PASTFUTURE
Petite Mom

Hello! I'm NorSalihah. Petite mom to my fav daughter and having petite family in this big world. Having a bless marriage with my fav husband. This is my own blogskin coding. Gonna make another design for free.


Petite Family
Married to my love, Azizul Ghani. Mom to my dear daughter, Raudhatul Jannah