If I'm wrong, educate me. Don't belittle me.


GLUCOSE & ALBUMIN semasa hamil
Write by Mrs NorSalihah on Thursday, 6 August 2015 | 0 comments

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Assalamualaikum wbt 
Sekali lagi entri pasal kehamilan. Sy bukan doktor tp sy cuba kongsi apa yg saya tahu. Klu ada salah, blh la korg betulkan. Sy okay saja, x marah malah happy. hihi

Bila dah daftar kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak, korg akan diberi satu 'form'. Pastikan 'form' ni jangan hilang sehingga hujung kehamilan korg. Ni adalah untuk rujukan doktor kerajaan ataupun swasta. Kenapa penting sangat cek kencing ni? OK sy explain sikit.

Dibuat pada setiap lawatan bagi mengesan gula (kemungkinan Kencing manis jika dikesan berulang kali /pada setiap rutin lawatan yg berturut) dan kesan protein, yang mungkin menandakan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. 

Gula (Glucose)
Kawal makan minum korg apabila hamil. Jangan makan terlampau banyak makanan berkanji, kanji bila dh larut dalam badan ianya akan bertukar menjadi glucose. Nurse akan memberi nasihat pemakanan kepada anda. Or korg boleh godek2 google. Hahh~ blh tengok resepi sihat bagi ibu mengandung. Cuba elak drpd kencing manis. Ada kesannya tau. Mungkin baby korg berat, maybe korg bersalin awal drpd tarikh due. 

Bila disahkah korg ada diabetes semasa hamil, hahhh part sini la yg susah sikit. Berdasarkan drpd pengalaman kakak saya, dia kena ber-diet. Makan nasi pun ciput ja. Bila esok ada appointment, malam tu kena puasa. Xboleh makan apa2 kecuali minum air kosong. Appointment dengan nurse akan menjadi kerap. Ulang alik cek glucose. Bila dah kena, korg kena ikut 100% ckp nurse. Sebab ni melibatkan bby yg korg kandung kan tu.


Protein (Albumin)
Bahaya tak apabila albumin dikesan dalam air kencing korg? Hmm~ okay yg ni ada tahapnya. Yg korg boleh kawal atau tak. Ni melibatkan faktor kebersihan. Kebersihan semasa hamil amatlah penting. PENTING YG AMAT. Pernah rasa kencing kotor? Hahhh~ mcm tu la rasanya. Tapi ni lebih teruk tau. Kadang ada yg sampai berbau. Malu dengan suami. 

Cuba tukar panties korg sekerap yg mungkin. Sehari 3 kali. Apabila buang air kecil, pastikan bawa tisu untuk keringkan part yg basah lepas korg basuh. Basuh tu bersih2 tau, guna air yg bersih. Jangan biarkan panties korg lembab, sebab ni blh membuatkan kuman bertapa kat situ. Apabila lepas bersama suami, korg kena basuh. Biar bersih. Jika korg nampak ada spotting kat panties,  I mean keputihan yg warna hijau atau kekuningan dan ianya berbau, baik korg jumpa doktor.









FUTURE
PAST