"Petite mom in this big world"
ENTRY• Archive• LINKIES• Quotes

Aku & Jin
Monday, 10 April 2017 • 05:28 • 0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum
Kejadian ni berlaku pada tahun 2014. Pengalaman selama 6 bulan ni mmg xkan sy lupakan dan akan menjadi pengajaran kpd sy sampai bila2. Bila jin jantan mula suka kat kita mmg mcm2 yg kita akan experience. Sakit, berat, penat dan takut. Banyak kesannya yg betul2 jd pd diri sy, antaranya: 

1
Sy rasa berat sangat, terutama bahagian kepala dan tengkuk. Rasa lemah tak berdaya. Nak solat tak khusyu', kadang sy skip solat, rasa mcm ada something tgh perhati sy solat membuatkan sy tak focus and end up langsung tak solat. Sy dok dlm bilik, habiskan masa tidur. Agak pelik bagi sy sebab masa tidur sy memang teratur sebelum ni. Tp sejak dua menjak, sy akan berjaga dr jam  12am-7am. Lepas tu sy akan tidur, sampai masuk waktu Maghrib. Sy pernah cuba untuk ubah masa tidur, tetapi lepas habis waktu Asar ja badan akan rasa lemah dan penat yg amat. Membuatkan sy rasa nak tidur. Sy cuba lawan, tp rasa mengantuk sangat. 

2
Mimpi. Sy sering mimpi pelik. Tersangat pelik sehinggakan sy berkahwin didalam gereja. Sy kahwin dgn perempuan berkemaluan lelaki. Setiap kali sy mimpi, akan didatangi oleh seorang lelaki yg bagi sy mmg kacak, tinggi lampai, segak. Mmg perempuan lain tgk akan cair. Dlm mimpi tu dia baik sangat, protect sy, bagi semua yg sy nak, dilayan mcm permaisuri. Kekadang rasa mcm xnak bangun dr tidur. Rasa sayang sangat dgn lelaki tu sehinggakan sy leka tak fikirkan pasal bakal tunang. Bila sy keluar jalan dgn kwn, mata akan meliar mencari kalau2 ada lelaki yg iras2 seperti lelaki dlm mimpi tu. Blh dikatakan sy ni ANGAU. Entah wujud entah tak lelaki jenis mcm tu, SEMPURNA tiada cacat cela bagi sy. 

3
Hubungan bersama bakal tunang jd x menentu. Ktaorg jd renggang. Sy jadi baran. Memang bukan sifat sy mcm tu. Ada yg nasihat suruh cepat nikah sbb mmg ada benda yg xnak sy kahwin. Benda tu suka kat sy dan xnak lepaskan sy ke tgn org lain. Mimpi bakal tunang tgh nak lafaz nikah, tp ada something yg happen membuatkan dia x jd lafazkan. 

Bila tersedar, baru sy perasan semua petanda ni. Sy google. Kebanyakan kesan mmg betul2 jadi kat sy. Sy ikhtiar utk berubat dgn sorg ustazah kat Melaka. Sy dekatkan diri dgn Allah SWT semula, solat, zikir mmg x putus. Dan pada malam tu sy mimpi LELAKI yg kononnya sempurna tu datang dgn muka marah, bengis. Dlm mimpi tu dia mengeluarkan sebilah pisau & mengelar leher sy. Kemudian hari2 berikutnya bertambah berat buat sy sbb sy mula nampak something yg agak creepy. Seperti seorang lelaki, berbadan tegap tinggi tp sy x dpt tgk muka dia.

Sy balik ke Sabah utk teruskan plan bertunang. Kuatkan semangat dan cuba sedaya upaya lawan benda tu mmg susah sbb sakit bila benda yg x sepatutnya dok ikut kemana ja kita pergi. Sakit dan berat sy rasa. Kebetulan kwn bakal tunang mmg pandai dlm bab2 mcm ni. Dia tgk mmg ada 1 jin jantan yg ikut sy. Sbb jin tu lah sy sakit, hubungan dgn bakal tunang x menentu sehingga pernah menaangguh hari pertunangan. Selesai majlis bertunang, mlm tu tunang dan kwnnya dtg rumah family sy utk cuba halau jin tu.

Jin tu tak puas hati, berkemungkinan dia yg buatkan rumah ktaorg blackout slama hampir sejam. Tp lepas tu dah blh proceed utk bunuh jin tu. Alhamdulillah. Semua berjalan dgn lancar. Skrg sy rasa lebih baik dr sebelumnya, x rasa berat dan sakit kepala lg. Dah tak mimpi yg pelik dah. 3 bulan slps bertunang, sy sah menjadi seorang isteri.

NASIHAT SAYA 
Terutama kaum hawa, berpakaian elok tak kira dimana termasuklah didalam tandas. Seperti yg kita tahu, jin @ iblis mmg suka tempat yg kotor. Dalam tandas, mmg kita x nampak sesiapa tp sebenarnya ada yg menemankan kita dlm tu tanpa disedari. Tidur pun kena pakai elok. Elakkan terlalu banyak merenung. Jaga mulut. jgn ketawa ikut suka. Ada penghuni yg kita x nampak di sekeliling kita.








PASTFUTURE
Petite Mom

Hello! I'm NorSalihah. Petite mom to my fav daughter and having petite family in this big world. Having a bless marriage with my fav husband. This is my own blogskin coding. Gonna make another design for free.


Petite Family
Married to my love, Azizul Ghani. Mom to my dear daughter, Raudhatul Jannah